Follow | Dashboard




Click here for some notes.
Entry | Health&BeautyCare | Clothings | DoorGift&GoodiesBag



PENGURANGAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN

Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?

Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat.
Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:
jangan tinggal sarapan pagi;
makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar.
Bagaimana jika saya menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula. Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda. Baca artikel diet sihat untuk ibu-ibu yang menyusukan untuk mendapatkan tip-tip bijak.
Bilakah badan saya akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?

Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.

Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik. Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal.



**Dah berhabis beratus ringgit tapi masih belum ada penurunan?? Sedih lihat bentuk badan sendri kat cerminn??

JOM tengok macam mna SUPPLIMENT SHAKLEE membantu masalah anda..

Herblax :
-----------

adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan dan barulah penyerapan vitamin-vitamin lain dalam badan akan berkesan. Kalau tidak, makan sebanyak mana produk kecantikan pun kulit masih tidak bersih sebab adanya toksin dalam badan. Kena nyah kan dulu toksin ini.

Omega : 
----------

memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini.

Alfalfa : 
---------

Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.

ESP (Soy Protein Isolate Powder) :
----------------------------------------

- Memberi rasa kenyang lebih lama. Pengambilan ESP membantu anda untuk menjaga nafsu makan dan dapat mengelakkan anda dari makanan ringan yang tidak berkhasiat
- Membantu membakar lebih 35% kalori dan membantu menjaga otot bagi menghalang semula berat naik dengan mudah
- Bukan itu saje, ESP juga membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cantik, menghilangkan parut dan menegangkan payudara 

**Jadi bila ambil smua skali, anda akan dapat kesan yg lebih optimum.. 
**Konsultasi juga diberikan percuma sepanjang pengambilan set slimming ni..
**Harga?? Dah tentu la yg paling best..

Facebook Aina Mardiah - Click disini
aatau boleh call/sms ke 0176212503


Older post / Newer post



About Me

Assalamualaikum and Hello.I'm Aina a full housewife.I've started an online business since 2010.I'm selling healt&beautycare product and also goodies bag/doorgift for your wedding or any type of events.

Also you can find me on :-
facebook

Contact number :-
0176212503


Assalamualaikum and Hye U'olss. I'm Mira. Aina's sister. I'm selling clothing for girls. If you have a question and wanna submit order,please do contact me through facebook.

facebook