Follow | Dashboard




Click here for some notes.
Entry | Health&BeautyCare | Clothings | DoorGift&GoodiesBag


Tips Pembersihan Tali Pusat Bayi



Ramai di kalangan bapa-bapa yang masih enggan membersihkan tali pusat anak. Alasan yang sering diberikan adalah kerana takut tercabut. Usah risau. Jika betul dengan caranya, insya-Allah semuanya akan selamat. 
Ikuti 4 langkah berikut dan juga beberapa tips pembersihan tali pusat bayi.

tips pembersihan


Langkah pertama: Letakkan bayi anda di tempat yang selesa.

Langkah kedua: Ambil bebola kapas yang telah dibersihkan/disterilkan. Kemudian tuangkan sedikit cecair pembersih beralkohol yang diberikan oleh pihak klinik atau hospital.

Langkah ketiga: Bersihkan bahagian atas tali pusat dengan lembut.

Langkah keempat: Ambil bebola kapas lain dan tuangkan sedikit cecair pembersih beralkohol. Angkat sedikit tali pusat dan bersihkan pula di bahagian bawahnya.

Beberapa tips penjagaan tali pusat:

1. Jangan biarkan pusat anak ditutupi lampin. Lipat sedikit supaya ada pengaliran udara di permukaan tali pusat. Cara ini dapat mempercepatkan tali pusat kering dan tertanggal.

2. Ketika tali pusat masih belum tanggal, lap sahaja badan anak dengan span yang lembut bagi menggantikan mandi biasa. Anak boleh dimandikan seperti biasa apabila tali pusat telah kering dan tanggal.

3. Jika pangkal pusat kelihatan berdarah sebelum atau selepas tali pusat tertanggal, gunakan cecair pembersih beralkohol untuk membersihkannya.

AMARAN..!!
# Jangan tarik tali pusat yang masih melekat. Biarkan ia tanggal dengan sendirinya.
# Tanda jangkitan boleh dikenalpasti sekiranya terdapat pendarahan lebih beberapa hari, tanda merah di sekeliling pangkal tali pusat dan bau yang kurang menyenangkan.
# Dapatkan bantuan doktor jika tali pusat tidak tanggal walaupun usia bayi anda telah memasuki 2 bulan.




Sebarang pertanyaan , boleh inbopx direct ke Facebook Aina Mardiah - Click disini

atau boleh call/sms ke 0176212503

Labels:


Older post / Newer post



About Me

Assalamualaikum and Hello.I'm Aina a full housewife.I've started an online business since 2010.I'm selling healt&beautycare product and also goodies bag/doorgift for your wedding or any type of events.

Also you can find me on :-
facebook

Contact number :-
0176212503


Assalamualaikum and Hye U'olss. I'm Mira. Aina's sister. I'm selling clothing for girls. If you have a question and wanna submit order,please do contact me through facebook.

facebook